LIVE WEBINAR 13 & 14 (PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN)
14 Mei 2026 | Aktiviti Terkini14 Mei 2026 (Khamis) – NADI Presint 9 Fasa 3 telah menghantar dua orang peserta bagi menyertai Live Webinar 13 & 14: Pemasaran dan Operasi Perniagaan yang telah berlangsung secara dalam talian pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program dimulakan dengan sesi Pemasaran yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dan dikendalikan oleh Puan Rozita Halina. Sesi ini memberi pendedahan berkaitan strategi pemasaran yang berkesan bagi membantu peserta memahami kaedah memperluaskan capaian pasaran serta meningkatkan daya saing perniagaan.
Sesi diteruskan dengan topik Operasi Perniagaan pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari yang disampaikan oleh Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak. Pengisian sesi tertumpu kepada aspek pengurusan operasi perniagaan secara sistematik bagi memastikan kelancaran proses pengurusan serta keberkesanan operasi harian.
Peserta yang mewakili NADI Presint 9 Fasa 3 ialah Puan Norhayati Ibrahim dan Puan Zubaidah binti Harun. Penyertaan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta dalam aspek pemasaran serta operasi perniagaan, seterusnya membantu memperkasakan pengurusan dan pembangunan perniagaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
